Hari terakhir praktikal ada bersama seorang senior di pejabat tu
Usianya seperti dalam 50-an. Diri sendiri kurang pasti dan kurang jelas. Makanya ahh abaikan barangkali seusia bapa saudara fiqah mungkin.Perbualan seolah seperti seorang bapa menasihati anak-anak gadisnya.
Antara yang ditegur
"Macam ni la anak-anak muda zaman sekarang nak makan pun masing-masing buat hal sendiri dengan telefon" dengan whatapp nya dengan wechatnya SMSnya dan banyak lagi laman sosial yang menari.Tidak ada komunikasi antara semua penakluk kerusi di meja makan. kami yang lain kelu terdiam ya benar apa yang di katakannya.
Kemudian dia mula berbicara. "Budak perempuan zaman sekarang dah tak malu" Kami pun menyoal kenapa." Anak anak gadis kadang-kadang tanpa segan silu memuji lelaki yang mereka nampak. Katanya " Anak perempuan aku dalam kereta kadang-kadang selamba ja puji cakap eh hensemnya mamat tu" baginya itu adalah tidak malu. kemudian dia menilai lelaki dengan perempuan sama saja.Ada sifat puji memuji tanpa segan silu dihadapan orang yang lebih tua. Kemudian katanya lagi " aku dulu malu nak cakap-cakap macam tu "
Wah realiti cukup berbeza dengan mentaliti,Mentaliti seseorang cukup berbeza dengan persekitaran yang sedia dia realisasikan.Mentaliti juga berbeza mengikut umur.Ada yang selesa ada yang tak selesa.Malah kadang kita terlalu cepat menilai seseorang membuat konklusi dengan mudah.tanpa kenal tanpa tahu dan tanpa faham.
Labels: belajar, hidup