hari sabtu
mula konon nak menaip kerja-kerja terbengkalai tapi
sejak dua menjak ni jemputan kahwin banyak betul..
banyak terdetik kat hati ni..eh giliran kita pulak bila..
takut sebenarnya ya la tanggungjawab makin besar kalau dah kawin.
malah pergi kenduri rumah kawan mak atau ayah masing-masing mendoakan anak sulung mereka ni..
tahun depan la dia pulak kot.. yang kita dengar ni malu-malu.. *oh fake sangat
sapa tak suka kahwin. Tapi memandang kahwin ni penyatuan 2 jiwa..
Persediaan bukan sekadar wang mahupun fizikal..tapi spiritual juga penting.
banyak pembacaan pada novel sahaja yang penuh angan-angan kosong
tengok fairy tail disney yang ada ending they live happily ever after..
makanya persediaan spiritual kahwin tu sendiri patut ada monolog
" dah bersedia ka aku nak pegang amanah sebagai seorang isteri kemudian bakal ibu"
" tanggungjawab sebagai seorang anak dengan mak ayah..nanti tambah dengan mak ayah mertua "
"dengan adik beradik dengan ipar duai"
"mental,fizikal,rohani semua ni dah cukup ke?"
Banyaknya nak kena tengok kaji dan faham
malah teman-teman rapat pun ada yang dah membina masjid alhamdulillah :)
Mula menbaca sebelum aku bernikah - hilal asyraf moga beroleh sesuatu..
lots of love.
afiqah
Labels: belajar, membesar